Sudah menjadi kebiasaanku weekend2 begini duduk di rumah, nak kuar kalau sorang2 watpe kan?
Pepagi tadi da siap buat keje rumah,,waktu2 mcm skrg lappyla jadi sahabat karibku, duk on9 sambil bongkar2 picture lama..terjumpa lak picture ne;
![]() |
| Last pic with my beloved father Naridin Ngadiman |
Tanggal 19 bulan disember tahun 2009, bapa ku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..(Ku tau ALLAH SWT lebih menyanyangi beliau)..
Bapa di masuk kan ke wad pembedahan lelaki 2 minggu sebelum pemergiannya, beliau di sahkan menghidap chronic gastric ulcer (ulser perut yg kronik) dan di jadual kan menjalani pembedahan untuk membuang ulser supaya dapat mengeelakkan komplikasi. Tetapi pembedahan tersebut terpaksa di tunda kerana bapa di sahkan pula menghidap congestive cardiac failure(CCF), keadaan ini akan menurunkan peratusan selamat jika prosedur pembedahan di teruskan. Setelah berbincang dgn ahli keluarga atas nasihat doktor pembedahan tersebut di tunda sehingga bapa kembali stabil.
Ketika ku dapat berita bapa d masukkan ke wad, aku sedang menjalani semester akhir tahun yg kedua di sebuah kolej kejururawatan swasta di bandaraya Kuala Lumpur..perasaan bimbang akan kesihatan bapa tidak mengganggu konsentrasi ku, kerana masih terngiang lagi nasihatnya pada ku "La jg ko bimbang bapa di sini, ko belajar rajin2 ja di sana, jawab soalan bagus2 nanti lau da senang jgn lupa mama sama adik ya, jaga dorang bagus2"..ku pegang janjiku pa, akan ku beri kan kesenangan buat mama dan adik.
Alhamdulillah..setelah berakhirnya musim peperiksaan, kami bercuti semester, abgku menyuruh ku pulang untuk menjeguk bapa..berbunga riang di hati dapat melepas rindu, flight date on 17th Disember, selalunya waktu begini tiket mahal maklumla musim cuti sekola lagi2 nak krimas pulak.
Sesampai ja di Tawau, aku meminta abgku terus membawa ku ke hospital, aku ingin betul menjenguk bapa..aku rindu melihat wajahnya!!
Rindu aku bergelak tawa,bergurau senda bersama..tapi sewaktu aku sampai bapa tidak mampu sudah untuk berbicara, badannya kurus tidak bermaya apatah lagi untuk menggerakkan badannya.
Sedih ku tidak terkira,, tidak ku berani mengalirkan airmata, ku gapai tangannya dan ku cium tanda rindu ku padanya. Ku cuba berlakon senang di hadapannya supaya dia mampu melawan kesakitannya, ku bawa berbicara tapi tiada sahutan, sayu hatiku.. Hari itu terasa ingin menghabiskan masa bersama bapa, tapi mama menyuruhku pulang berehat kerna baru sampai..abang2 dan adik akan bergilir-gilir menjaga bapa.
Di rumah mama, abang2 dan kakak2 berbincang mahu membawa balik bapa pulang ke rumah..semasa aq menjaga bapa tadi doktor ada memanggil abangku yg sulung berbincang mengenai keadaan bapa "encik, saya sebagai hanya mampu membantu apa yang boleh utk merawat bapa encik..tapi keadaan bapa encik semakin hari semakin merosot, di sini (wad) kami hanya mampu mengawal shj..melalui sains bapa encik sudah tidak bertahan lama, bawalah dia pulang..berilah dia kasih sayang dan sokongan". Setelah mencapai kata sepakat, kami sekeluarga bersetuju membawa bapa pulang ke rumah, ke rumahnya, rumah kami di Lahad Datu.
Hari ini 19 Disember, bapa akan kami bawa pulang, giliran aku menjaga bapa..doktor sibuk menyiapkan surat discharge bapa, seorang doktor datang dan memberitahu ku dia akn menyabut Atrial Venous Line(AVL) bapa, satu alat pengukur kandungan air dalam badan bapa..aku mengiakan saja, tidak sampai 5 minit selepas laine di cabut, bunyi mesin DinaMap (mesin pengukur tekanan drh, nadi dan kandungan oksigen dlm drh) yg semakin nyaring memaksudkan sesuatu, aku sbgai seorg bakal staff nurse tau maksudnya. Ada sesuatu yg tidak betul, aku mengintpretasi ukuran yg di catat mesin, kandungan oksigen dalam drh bapa turun secara mendadak..
Aku menjerit memanggil doktor, Callbell ku tekan tdk putus keadaan bapa semakin nazak..mama menunggu di luar wad ku panggil masuk,, abg dan kakak ku telefon utk datang. Doktor dan staff nurse mencuba menyelamatkan bapa melalui resusitasi..kami sekeluarga hanya mampu berdoa waktu itu, setelah hampir 40 minit, abg sulungku di panggil masuk..doktor menyampaikan berita pemergian bapa. tepat pukul 3.23pm bapa menghembuskan nafas terakhir. Kami sekeluarga redha dan ikhlas atas pemergian bapa..INNALILLAHWAINNALILLAHIRAJIUN..dariNya kita datang kepadaNya kita kembali.
Semoga allahyarham bapa (NARIDIN NGADIMAN) di tempatkn di kalangan orang2 yg beriman di sisiMu...Amiin
Akan selalu merinduimu..

al-fatihah..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga arwah.... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
ReplyDeleteAl-Fatihah