Hampir sebulan lepas
SPM, aku hanya duduk di rumah, tidak bersedia lagi keluar mencari kerja. Aku
seorang anak yang telah di manja kan oleh seorang yang ku panggil BAPA. Beliau
kini hampir tiga tahun meninggalkan ku dan keluarga, aku dan adikku memang
terasa dengan pemergiannya. Hanya dia tempat aku, adik dan mak bergantung..kini
kami bertiga hanya mengharap ihsan kesian dari adik beradik. Kalau orang luar
memang dorang cakap kami ni senang, tapi yang sebenarnya hanya kami sahaja yang
tau. Adik beradik lain ramai, tapi bukan mahu menyalahkan mereka, kami faham
dorang mempunyai keluarga tanggungan dan masalah mereka sendiri, takkan mahu
terus mengharap bantuan dari dorang.
Suatu petang, mak dan
bapa memanggilku, waktu tu bapa masih ada... kami minum petang pisang goreng
sambal belacan dan Nescafe panas yang di sediakan oleh mak. Bapa menyapa ku
lembut, (rindu ku pada suaranya lagi) dia menjelaskan kakakku mengajakku ke
Kuala Lumpur, bekerja di sana, bekerja di sebuah kilang dimana seorang sepupu
kami bekerja sebagai penyelia di sana. Aku hanya diam mendengar penjelasan
tersebut, otakku ligat berfikir bahawa Bapa sudah bersedia melepaskanku pergi
jauh betapa senangnya dalam hatiku, kini aku bebas yahoooooo. Dalam kegembiraan
itu aku tetap tidak sampai hati untuk meninggalkan bapa dan mak, selama 17
tahun aku hidup ketika itu kami belum pernah berpisah jauh dan lama. Airmata ku
menitis, mak menambah dia dan bapa membenarkan aku pergi supaya dapat mencari
wang untuk diriku, bapa sudah tua tidak mampu lagi memenuhi permintaanku. Waktu
itu aku juga seperti remaja lain mahu berpakaian baru, berhenpon canggih dan
lagi mahu mempunyai laptop sendiri. Di sebabkan keinginanku mahu memiliki
benda-benda itu aku bersetuju untuk bekerja di Kuala Lumpur.
Aku dan sepupu ku
bertolak ke Kuala Lumpur berdua, kakakku bertolak awal untuk menyediakan rumah
dan keperluan kami di sana. Seperti orang jakun aku dan sepupuku buat pertama
kalinya menaiki kapal terbang, waktu itu kalau naik kapal terbang airasia
tempat duduk ekonomi tidak memerlukan nombor khusus, boleh duduk dimana saja
kita suka. Hahahaha aku dengan sepupuku memilih untuk duduk di bahagian tengah,
dengan harapan akan selamat, boleh tengok2 penumpang lain turun dulu, lagipun
segan lagi biasalah kan budak kampung. Sampai di airport kami menunggu bagasi
kami, sebelum tu konon2nya pergi ambil troli barang yang disusun di satu sudut
lapangan itu. Tarik troli tapi keras tak dapat, tarik satu dapat tiga tak lerai
pun, kami tunggu penumpang lain ambil troli tu, kami perhatikan caranya,
rupa2nya kena tolak handle biru kebawah baru dapat lerai. Aku dan sepupu ku
berpandangan lalu ketawa terbahak-bahak, mengaku diri ni budak kampung baru
lagi tak tahu apa-apa.
Aku, kakakku dan
sepupuku kami bekerja syif petang dari pukul 3 petang sampai 11 malam. Bekerja
sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang yang mengeluarkan produk-produk
safety key yang di pasang pada tanker-tanker minyak.
