♥ Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. Allah breaks our heart to make us whole. Allah sends us pain so we can be stronger. Allah sends us failure so we can be humble. Allah sends us illness so we can take better care of ourselves. Allah takes 'something' away from us so we can learn the value of 'everything' we have. Trust Allah & Love Allah. Whatever He does, is always the best for us. ♥

Saturday, January 26, 2013

Around my E Day

with my brother narimin's family

hantaran dari pihak lelaki

mcm dah lame knl, buat biasa coz ader nieces n kazen same

bersalaman, nak amek berkat

sesi salam menyalam

with my mom and future mother in-law

nieces

nieces oso

future mother in-law

with d tetamu

mom, future mom in-law

my youngest brother

nieces yg kebabomm

sweet family

sister marsita's family

sister maria's family

c cuzzy

d'ENGAGEMENT


assalammualaikum..

alhamdulillah, arini da sebulan jadi tunangan orang. semua ni rasanya macam mimpi, nak cubit pipi ni jap, (ouchhh sakit lah) tak terbayang pun aku akan sebahagia ini biarpun pada mulanya masih berbelah bagi lagi fikiran ni. eyalah kan encik tunang ni mak yang carikan, dah macam cerita dulu2x pulak, nak kahwin mak bapa yg kena pilih.tapi aku yakin semua yang terjadi memang suratan allah swt.

encik tunang ni sebenarnya anak kepada adik angkat mak, dorang dari kecil lagi di jaga oleh mak n bapa angkat yg sama. tapi ibu (mak encik tunang) hanya bersama keluarga angkat dari umur sehari hingga pandai jalan, sebelum di kembalikan semula ke keluarga kandung, coz mak n bapa angkat mak n ibu da mula sakit2x tua. ceritanya aku n encik tunang ni di satu kan utk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan mak n ibu.

memula aku memang menolak keras cadangan mak utk menjodohkan aku dgn encik tunang, eyala aku dgn dia ni kan dah macam keluarga kandung. macam jer lah tapi sebenarnya tak, maksudnya, aku tahu encik tunang ni keluarga, tapi encik tunang ni tak tahu pulak, belah dia pun sama ada saja alasan utk tolak permintaan ibu supaya kami tak jadi tunang.
setelah hampir berapa lama mengambil masa utk berfikir dan istikhara akhirnya keputusan mantap aku terima encik tunang seadanya.

keputusanku telah ku sampaikan kepada mak, agar mak dapat menyampaikan penerimaanku kepada ibu yg menyatakan aku berstuju menerima encik tunang. setelah hampir 2 tahun dari pertama kali ibu datang merisik baru hujung tahun 2012 aku berikan jawapan ku. bukan meminta mereka menunggu, pada mulanya aku memang menolak, tapi ibu tak pernah putus asa menunggu aku, katanya selagi aku belum berpunya dia masih ada peluang menjadikan aku bakal menantunya. mungkin memang ini suratan takdir,

setelah beberapa kali menukar tarikh hari pertunangan disebabkan masalah2x yg tak dapat di elakkan, akhirnya pada 25/12/2012 aku dengan rasminya menjadi tunang kepada mohd hafiz b. mustapha.

tak nak tp senyum sampai telinga jgk huhuhu






Wednesday, December 12, 2012

SUATU KETIKA part 1


Hampir sebulan lepas SPM, aku hanya duduk di rumah, tidak bersedia lagi keluar mencari kerja. Aku seorang anak yang telah di manja kan oleh seorang yang ku panggil BAPA. Beliau kini hampir tiga tahun meninggalkan ku dan keluarga, aku dan adikku memang terasa dengan pemergiannya. Hanya dia tempat aku, adik dan mak bergantung..kini kami bertiga hanya mengharap ihsan kesian dari adik beradik. Kalau orang luar memang dorang cakap kami ni senang, tapi yang sebenarnya hanya kami sahaja yang tau. Adik beradik lain ramai, tapi bukan mahu menyalahkan mereka, kami faham dorang mempunyai keluarga tanggungan dan masalah mereka sendiri, takkan mahu terus mengharap bantuan dari dorang.

Suatu petang, mak dan bapa memanggilku, waktu tu bapa masih ada... kami minum petang pisang goreng sambal belacan dan Nescafe panas yang di sediakan oleh mak. Bapa menyapa ku lembut, (rindu ku pada suaranya lagi) dia menjelaskan kakakku mengajakku ke Kuala Lumpur, bekerja di sana, bekerja di sebuah kilang dimana seorang sepupu kami bekerja sebagai penyelia di sana. Aku hanya diam mendengar penjelasan tersebut, otakku ligat berfikir bahawa Bapa sudah bersedia melepaskanku pergi jauh betapa senangnya dalam hatiku, kini aku bebas yahoooooo. Dalam kegembiraan itu aku tetap tidak sampai hati untuk meninggalkan bapa dan mak, selama 17 tahun aku hidup ketika itu kami belum pernah berpisah jauh dan lama. Airmata ku menitis, mak menambah dia dan bapa membenarkan aku pergi supaya dapat mencari wang untuk diriku, bapa sudah tua tidak mampu lagi memenuhi permintaanku. Waktu itu aku juga seperti remaja lain mahu berpakaian baru, berhenpon canggih dan lagi mahu mempunyai laptop sendiri. Di sebabkan keinginanku mahu memiliki benda-benda itu aku bersetuju untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Aku dan sepupu ku bertolak ke Kuala Lumpur berdua, kakakku bertolak awal untuk menyediakan rumah dan keperluan kami di sana. Seperti orang jakun aku dan sepupuku buat pertama kalinya menaiki kapal terbang, waktu itu kalau naik kapal terbang airasia tempat duduk ekonomi tidak memerlukan nombor khusus, boleh duduk dimana saja kita suka. Hahahaha aku dengan sepupuku memilih untuk duduk di bahagian tengah, dengan harapan akan selamat, boleh tengok2 penumpang lain turun dulu, lagipun segan lagi biasalah kan budak kampung. Sampai di airport kami menunggu bagasi kami, sebelum tu konon2nya pergi ambil troli barang yang disusun di satu sudut lapangan itu. Tarik troli tapi keras tak dapat, tarik satu dapat tiga tak lerai pun, kami tunggu penumpang lain ambil troli tu, kami perhatikan caranya, rupa2nya kena tolak handle biru kebawah baru dapat lerai. Aku dan sepupu ku berpandangan lalu ketawa terbahak-bahak, mengaku diri ni budak kampung baru lagi tak tahu apa-apa.

Aku, kakakku dan sepupuku kami bekerja syif petang dari pukul 3 petang sampai 11 malam. Bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang yang mengeluarkan produk-produk safety key yang di pasang pada tanker-tanker minyak.

JUST FOLLOW THE FLOW

Its been long time i didn't touch this blog. i can't sleep, trying to close my eyes but very hard to do..adoii apa yang aku melalut pepagi ni, ada hati nak cakap omputih.....hikhik
sebenarnya hati tak tenteram, gelisah resah...chewah mcm parah sangat masalah ni. taktahu la nak di kategorikan sebagai masalah ke apa ni ek??
dah sampai tahap ni baru aku nak berfikir, padan muka aku lah, kalau buat keputusan tak pernah fikir panjang.
aku berharap sangat ini adalah yang terbaik untuk aku dan masa depan ku.. semoga dia pilihan terbaik yang dapat membimbing ku ke jannah kelak. jannah adalah impian semua orang, jannah adalah impian dan cita-citaku.
 semoga aku pun dapat menjadi yang terbaik buat dirinya. biarpun perhubungan ini atas dasar kekeluargaan aku terima dengan hati terbuka dan ikhlas. aku percaya jodoh itu aturan yang maha kuasa...jika memang dia pelindungku aku terima ya Allah. takkan pernah aku menyalahkan sesiapa kelak. yang kelak itu belum pasti...tapi ku harap bahagia itu pasti.   
semoga hari-hari yang mendatang dapat ku lewati, ya allah permudahkanlah segala urusan hamba 
 

Saturday, April 7, 2012

Happy Holiday..

Assalammualaikum...

Jumaat kemarin Sabah cuti sempena Good Friday (sambutan bagi yg beragama Kristian). So, weekend minggu panjangla...Jumaat,Sabtu,Ahad. Seminggu sebelum ni sy ada plan nak balik kampung di Lahad Datu, eyala setelah hampir 2 bulan stay di KK ni, terasa rindu pula la kan ?? hehehe...rindu family ya bukan sapa2

Tapi hajat tak ke sampaian pula, adik kena bekerja waktu cuti..mak tak bagi balik seorang2 maklumla kan perjalanan KK-LD hampir 8jam, sy nak balik sorang x berani huhuhu...

Semalam punya surprise mak pula yg sampai KK, xda khabar tau2 da depan pintu uma...hehehe
"MAK TQ, SAYANG MAK SANGAT2" tak sempat pun masuk dalam uma, sy da peluk erat mak, rindu yg teramat sangat bahhhhhh..

This weekend nak menghabiskan masa bersama mak tersayang...nak bermanja-manja and berkasih sayang huhuhu jangan nak jeles yerrrr;))))

Friday, March 30, 2012

!@#$%^&*

assalammualaikum...

Da lama x update blog kesygan ne..hehehe almaklum bz sepanjang minggu (adehh bz la sgt, nak mengalah kan PM gamatnya huhu). Minggu ni rasanya minggu paling seronok, byk aktiviti yg dapat join..ekstrem lagi.
Panjat scaffolding (perancah) macam lelaki da rasanya, dek kerana minat sangat bab panjat memanjat ne apa2 pun bantai ja lah..hehe

Nama pun bakal bekerja dalam bidang yg di monopoli oleh lelaki, so kena ekstrem sikit biar tak kena buli..


(no idea what to write here..next time I'll back)

wassalam...(^__^)

Sunday, March 25, 2012

Specs Calon Suami

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~


originally by : Syabab Musafir Kasih