♥ Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. Allah breaks our heart to make us whole. Allah sends us pain so we can be stronger. Allah sends us failure so we can be humble. Allah sends us illness so we can take better care of ourselves. Allah takes 'something' away from us so we can learn the value of 'everything' we have. Trust Allah & Love Allah. Whatever He does, is always the best for us. ♥

Wednesday, December 12, 2012

SUATU KETIKA part 1


Hampir sebulan lepas SPM, aku hanya duduk di rumah, tidak bersedia lagi keluar mencari kerja. Aku seorang anak yang telah di manja kan oleh seorang yang ku panggil BAPA. Beliau kini hampir tiga tahun meninggalkan ku dan keluarga, aku dan adikku memang terasa dengan pemergiannya. Hanya dia tempat aku, adik dan mak bergantung..kini kami bertiga hanya mengharap ihsan kesian dari adik beradik. Kalau orang luar memang dorang cakap kami ni senang, tapi yang sebenarnya hanya kami sahaja yang tau. Adik beradik lain ramai, tapi bukan mahu menyalahkan mereka, kami faham dorang mempunyai keluarga tanggungan dan masalah mereka sendiri, takkan mahu terus mengharap bantuan dari dorang.

Suatu petang, mak dan bapa memanggilku, waktu tu bapa masih ada... kami minum petang pisang goreng sambal belacan dan Nescafe panas yang di sediakan oleh mak. Bapa menyapa ku lembut, (rindu ku pada suaranya lagi) dia menjelaskan kakakku mengajakku ke Kuala Lumpur, bekerja di sana, bekerja di sebuah kilang dimana seorang sepupu kami bekerja sebagai penyelia di sana. Aku hanya diam mendengar penjelasan tersebut, otakku ligat berfikir bahawa Bapa sudah bersedia melepaskanku pergi jauh betapa senangnya dalam hatiku, kini aku bebas yahoooooo. Dalam kegembiraan itu aku tetap tidak sampai hati untuk meninggalkan bapa dan mak, selama 17 tahun aku hidup ketika itu kami belum pernah berpisah jauh dan lama. Airmata ku menitis, mak menambah dia dan bapa membenarkan aku pergi supaya dapat mencari wang untuk diriku, bapa sudah tua tidak mampu lagi memenuhi permintaanku. Waktu itu aku juga seperti remaja lain mahu berpakaian baru, berhenpon canggih dan lagi mahu mempunyai laptop sendiri. Di sebabkan keinginanku mahu memiliki benda-benda itu aku bersetuju untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Aku dan sepupu ku bertolak ke Kuala Lumpur berdua, kakakku bertolak awal untuk menyediakan rumah dan keperluan kami di sana. Seperti orang jakun aku dan sepupuku buat pertama kalinya menaiki kapal terbang, waktu itu kalau naik kapal terbang airasia tempat duduk ekonomi tidak memerlukan nombor khusus, boleh duduk dimana saja kita suka. Hahahaha aku dengan sepupuku memilih untuk duduk di bahagian tengah, dengan harapan akan selamat, boleh tengok2 penumpang lain turun dulu, lagipun segan lagi biasalah kan budak kampung. Sampai di airport kami menunggu bagasi kami, sebelum tu konon2nya pergi ambil troli barang yang disusun di satu sudut lapangan itu. Tarik troli tapi keras tak dapat, tarik satu dapat tiga tak lerai pun, kami tunggu penumpang lain ambil troli tu, kami perhatikan caranya, rupa2nya kena tolak handle biru kebawah baru dapat lerai. Aku dan sepupu ku berpandangan lalu ketawa terbahak-bahak, mengaku diri ni budak kampung baru lagi tak tahu apa-apa.

Aku, kakakku dan sepupuku kami bekerja syif petang dari pukul 3 petang sampai 11 malam. Bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang yang mengeluarkan produk-produk safety key yang di pasang pada tanker-tanker minyak.

JUST FOLLOW THE FLOW

Its been long time i didn't touch this blog. i can't sleep, trying to close my eyes but very hard to do..adoii apa yang aku melalut pepagi ni, ada hati nak cakap omputih.....hikhik
sebenarnya hati tak tenteram, gelisah resah...chewah mcm parah sangat masalah ni. taktahu la nak di kategorikan sebagai masalah ke apa ni ek??
dah sampai tahap ni baru aku nak berfikir, padan muka aku lah, kalau buat keputusan tak pernah fikir panjang.
aku berharap sangat ini adalah yang terbaik untuk aku dan masa depan ku.. semoga dia pilihan terbaik yang dapat membimbing ku ke jannah kelak. jannah adalah impian semua orang, jannah adalah impian dan cita-citaku.
 semoga aku pun dapat menjadi yang terbaik buat dirinya. biarpun perhubungan ini atas dasar kekeluargaan aku terima dengan hati terbuka dan ikhlas. aku percaya jodoh itu aturan yang maha kuasa...jika memang dia pelindungku aku terima ya Allah. takkan pernah aku menyalahkan sesiapa kelak. yang kelak itu belum pasti...tapi ku harap bahagia itu pasti.   
semoga hari-hari yang mendatang dapat ku lewati, ya allah permudahkanlah segala urusan hamba