♥ Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. Allah breaks our heart to make us whole. Allah sends us pain so we can be stronger. Allah sends us failure so we can be humble. Allah sends us illness so we can take better care of ourselves. Allah takes 'something' away from us so we can learn the value of 'everything' we have. Trust Allah & Love Allah. Whatever He does, is always the best for us. ♥

Friday, March 30, 2012

!@#$%^&*

assalammualaikum...

Da lama x update blog kesygan ne..hehehe almaklum bz sepanjang minggu (adehh bz la sgt, nak mengalah kan PM gamatnya huhu). Minggu ni rasanya minggu paling seronok, byk aktiviti yg dapat join..ekstrem lagi.
Panjat scaffolding (perancah) macam lelaki da rasanya, dek kerana minat sangat bab panjat memanjat ne apa2 pun bantai ja lah..hehe

Nama pun bakal bekerja dalam bidang yg di monopoli oleh lelaki, so kena ekstrem sikit biar tak kena buli..


(no idea what to write here..next time I'll back)

wassalam...(^__^)

Sunday, March 25, 2012

Specs Calon Suami

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~


originally by : Syabab Musafir Kasih

Dilemma..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah masih di beri ksempatan untuk menulis, di dalam kecelaruan begini hanya padaMU tempat ku mengadu. Aku dilema, mana mahu pilih x suka la terpaksa memilih,,,

Antara minat dan peluang,,mana satu? nak jadi SHO ka nak jadi nurse? istikharah jalan yang ku nampak setakat ini, mudah2an ALLAH SWT dpt memberi jawapan pada kecelaruanku ini.

Thursday, March 22, 2012

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku..

‎"Cinta bukanlah hanya kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa sebelumnya" (^__^)

JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah..adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..✿

>>> Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta.. ♥ ♥ ♥

‎>>> CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

>>> cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

>>> cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

>>> cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI

✿(¯`*•.¸✿✿..MAHALKANLAH ungkapan-ungkapan CINTA dan RINDU yang sepatutnya dimahalkan agar ungkapan itu BERHARGA apabila sudah tiba masanya dan murahkanlah ungkapan-ungkapan NASIHAT dan PERINGATAN yang sepatutnya kalian murahkan kepada mereka yang benar-benar LAYAK..✿(¯`*•.¸✿✿ ^_^

‎>> Saat kita MENGETAHUI dia bukan jodoh kita..jika ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati..JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..

:: Biar hati yang satu itu RETAK menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai jodohmu, DUA HATI akan bertemu dan MENJADI SATU..sehati, sejiwa, seiman dan seakidah..

InsyaAllah, semuanya kerana Allah..;)

Monday, March 19, 2012

Otitis Media..

Apakah? Pernah anda mendengarnya?
alaa..otitis media ne sejenis penyakit,, otitis tu maknanya inflamasi pd telinga, media plak ada bhgian tengah telinga. Kenape lak nak cerita pasal penyakit ni ya...hehehe sy tgh di uji dgan penyakit ne, wahhh sakitnya boleh tahan jgak.

Sebab dah x boleh tahan, terpaksa la ke klinik... terbang jugakla rm45 td, apa boleh buat kang nanti tambah melarat lagi payah hidup..huhuhu

Ubat da la besar byk lak yg kena mkn, adoiii... Harap2 sgt dpt sihat sperti biasa dgn cpt, so dapat jugakla buat aktiviti seperti biasa. Ni nak senyum pun telinga da sakit apatah lg kalau tersentuh..
Rindu nak senyum sampai telinga la ^________^

Sunday, March 18, 2012

Rinduku Padamu Bagaikan Pepasir di Pantai

Hari ni ari ahad..(smua org pun tau la),,hehe
Sudah menjadi kebiasaanku weekend2 begini duduk di rumah, nak kuar kalau sorang2 watpe kan?
Pepagi tadi da siap buat keje rumah,,waktu2 mcm skrg lappyla jadi sahabat karibku, duk on9 sambil bongkar2 picture lama..terjumpa lak picture ne;

Last pic with my beloved father
Naridin Ngadiman

Tanggal 19 bulan disember tahun 2009, bapa ku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..(Ku tau ALLAH SWT lebih menyanyangi beliau)..

Bapa di masuk kan ke wad pembedahan lelaki 2 minggu sebelum pemergiannya, beliau di sahkan menghidap chronic gastric ulcer (ulser perut yg kronik) dan di jadual kan menjalani pembedahan untuk membuang ulser supaya dapat mengeelakkan komplikasi. Tetapi pembedahan tersebut terpaksa di tunda kerana bapa di sahkan pula menghidap congestive cardiac failure(CCF), keadaan ini akan menurunkan peratusan selamat jika prosedur pembedahan di teruskan. Setelah berbincang dgn ahli keluarga atas nasihat doktor pembedahan tersebut di tunda sehingga bapa kembali stabil. 

Ketika ku dapat berita bapa d masukkan ke wad, aku sedang menjalani semester akhir tahun yg kedua di sebuah kolej kejururawatan swasta di bandaraya Kuala Lumpur..perasaan bimbang akan kesihatan bapa tidak mengganggu konsentrasi ku, kerana masih terngiang lagi nasihatnya pada ku "La jg ko bimbang bapa di sini, ko belajar rajin2 ja di sana, jawab soalan bagus2 nanti lau da senang jgn lupa mama sama adik ya, jaga dorang bagus2"..ku pegang janjiku pa, akan ku beri kan kesenangan buat mama dan adik.
Alhamdulillah..setelah berakhirnya musim peperiksaan, kami bercuti semester, abgku menyuruh ku pulang untuk menjeguk bapa..berbunga riang di hati dapat melepas rindu, flight date on 17th Disember, selalunya waktu begini tiket mahal maklumla musim cuti sekola lagi2 nak krimas pulak.

Sesampai ja di Tawau, aku meminta abgku terus membawa ku ke hospital, aku ingin betul menjenguk bapa..aku rindu melihat wajahnya!!
Rindu aku bergelak tawa,bergurau senda bersama..tapi sewaktu aku sampai bapa tidak mampu sudah untuk berbicara, badannya kurus tidak bermaya apatah lagi untuk menggerakkan badannya.
Sedih ku tidak terkira,, tidak ku berani mengalirkan airmata, ku gapai tangannya dan ku cium tanda rindu ku padanya. Ku cuba berlakon senang di hadapannya supaya dia mampu melawan kesakitannya, ku bawa berbicara tapi tiada sahutan, sayu hatiku.. Hari itu terasa ingin menghabiskan masa bersama bapa, tapi mama menyuruhku pulang berehat kerna baru sampai..abang2 dan adik akan bergilir-gilir menjaga bapa.

Di rumah mama, abang2 dan kakak2 berbincang mahu membawa balik bapa pulang ke rumah..semasa aq menjaga bapa tadi doktor ada memanggil abangku yg sulung berbincang mengenai keadaan bapa "encik, saya sebagai hanya mampu membantu apa yang boleh utk merawat bapa encik..tapi keadaan bapa encik semakin hari semakin merosot, di sini (wad) kami hanya mampu mengawal shj..melalui sains bapa encik sudah tidak bertahan lama, bawalah dia pulang..berilah dia kasih sayang dan sokongan". Setelah mencapai kata sepakat, kami sekeluarga bersetuju membawa bapa pulang ke rumah, ke rumahnya, rumah kami di Lahad Datu.

Hari ini 19 Disember, bapa akan kami bawa pulang, giliran aku menjaga bapa..doktor sibuk menyiapkan surat discharge bapa, seorang doktor datang dan memberitahu ku dia akn menyabut Atrial Venous Line(AVL) bapa, satu alat pengukur kandungan air dalam badan bapa..aku mengiakan saja, tidak sampai 5 minit selepas laine di cabut, bunyi mesin DinaMap (mesin pengukur tekanan drh, nadi dan kandungan oksigen dlm drh) yg semakin nyaring memaksudkan sesuatu, aku sbgai seorg bakal staff nurse tau maksudnya. Ada sesuatu yg tidak betul, aku mengintpretasi ukuran yg di catat mesin, kandungan oksigen dalam drh bapa turun secara mendadak..

Aku menjerit memanggil doktor, Callbell ku tekan tdk putus keadaan bapa semakin nazak..mama menunggu di luar wad ku panggil masuk,, abg dan kakak ku telefon utk datang. Doktor dan staff nurse mencuba menyelamatkan bapa melalui resusitasi..kami sekeluarga hanya mampu berdoa waktu itu, setelah hampir 40 minit, abg sulungku di panggil masuk..doktor menyampaikan berita pemergian bapa. tepat pukul 3.23pm bapa menghembuskan nafas terakhir. Kami sekeluarga redha dan ikhlas atas pemergian bapa..INNALILLAHWAINNALILLAHIRAJIUN..dariNya kita datang kepadaNya kita kembali.

Semoga allahyarham bapa (NARIDIN NGADIMAN) di tempatkn di kalangan orang2 yg beriman di sisiMu...Amiin



Akan selalu merinduimu..

Saturday, March 17, 2012

saYa bUdak bAru beLajaR

Salam Ukhwah..


salam perkenalan, alhamdulillah ada pun sedikit masa terluang untuk memiliki blog sendiri.
sebenarnya sedari dulu lagi hati ni teringin, dek kerana kekangan masa baru hari ni la berkesempatan.
selalu sgt baca blog org, wujud iri dlm hati (nak jgk ada blog) bukan nak glamor tp nak cari medium utk berkongsi pengalaman dan hobi..

buah cempedak di tepi pagar,
ambil jala tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..